Friday, April 23, 2010

Pembelian aset pertahanan negara membuktian kerajaan BN tidak cekap!

HULU SELANGOR 23 April – Pembangkang perlu menghentikan segera tindakan mempertikaikan setiap keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang khususnya Ahli Parlimen perlu rasional sebelum mengemukakan bantahan kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Kad Pintar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Latihan Khidmat Negara Resort Bukit Pelangi, Kerling di sini hari ini.


Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa tindakan kerajaan untuk membeli 257 kereta perisai (APC) 8x8 AV8 hasil peralihan teknologi Turki dan Afrika Selatan dengan harga RM31.1 juta sebuah sebagai melebihi harga pasaran.


Pua mengulas laporan Kementerian Pertahanan yang telah memeterai surat tunjuk minat (LOI) bernilai RM8 bilion dengan syarikat pertahanan tempatan Deftech Sdn. Bhd. bagi membeli APC berkenaan semasa pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 di Kuala Lumpur, Selasa lalu.


Ahmad Zahid berkata, dakwaan tersebut tidak rasional sama sekali kerana apa yang dimeterai sekarang akan hanya diperoleh dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.


Apa yang dimeterai sekarang akan hanya diperoleh dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang? Aduh duh duh. Zahid, Zahid. Awak ni seorang menteri ke apa? kenapa nak beli sesuatu yang hanya akan sampai dalam tempoh hingga 10 tahun akan datang. Bukankah masa itu peralatan itu dah pun "out dated," dah pun ketinggalan dari teknologinya, Zahid! Zahid.


Malulah Zahid, orang kampung sana-sini bercakap tentang dot-dot kamu tu, saya nak tulis pun terasa amat takut dan ngeri sekali panggilan orang-orang yang bersembang dikedai kopi. malulah kepada pekekedai kopitu, malulah kepada pemandu-pemandu kereta sewa, peniaga-peniaga kecil yang berniaga kecil-kecilan, kmalulah kepada penoreh getah yang minum dikedai kopi itu, malulah kepada pengawal-penmgawal keselamatan yang minum dikedai kopi tu. Malulah kepada orang-orang itu, orang -orang kampung yang tak berpendidikan, tak berjawatan tingggi tu! Malu, sungguh memalukan zahid, alasan yang kamu berikan itu!


Zahid, Zahid, kalau nak bagi alasan pun bagilah alasan yang menasabah sedikit, yang boleh diterima akal! Awak tu kan menteri! janganlah pulak perkataan awak tu boleh dipergunakan oleh orang ramai untuk memperolok-olokkan kamu tu!


Mungkin kamu tersilap, tetapi kamu tu menteri. Tak boleh buat kesilapan macam tu, menunjukkan ... kamu tu! Tak boleh melakukan "blunder mistake" macam tu!


JANGAN LUPA "PEOPLE ARE WATCHING YOU MINISTERS!"